Lapan orang terbunuh helikopter terhempas di Kalimantan Barat

Lapan orang terbunuh helikopter terhempas di Kalimantan Barat, Indonesia

Helikopter Airbus H130 iterhempas selepas berlepas dari kawasan ladang di Melawi, Kalimantan Barat. - Foto Media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kesemua lapan orang di dalam sebuah helikopter terbunuh apabila ia terhempas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata pihak berkuasa pada hari Jumaat.

Pasukan pencari cuba mengeluarkan mayat dan bangkai pesawat.

Helikopter Airbus H130 itu terputus hubungan pada pagi Khamis lima minit selepas berlepas dari kawasan ladang di Melawi, kata Mohammad Syafii, ketua agensi penyelamat Indonesia.

“Lokasi nahas atau kehilangan hubungan adalah di kawasan hutan yang padat dengan kawasan berbukit yang curam,” kata Syafii.

Katanya, penyelamat telah menemui serpihan yang disyaki ekor helikopter kira-kira tiga km di barat tempat terputus hubungan dan punca nahas masih tidak jelas.

Seorang jurucakap agensi penyelamat tempatan berkata enam penumpang dan dua anak kapal di dalam helikopter telah terkorban dalam nahas itu.

Penyelamat, termasuk anggota tentera dan polis, cuba sampai ke lokasi nahas melalui laluan darat pada hari Jumaat.

Kawasan ladang itu dimiliki oleh sebuah syarikat minyak sawit Indonesia, Citra Mahkota, dan helikopter itu milik Matthew Air Nusantara, kata Syafii. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN