Tuntutan palsu Penjana Kerjaya: 12 lagi pengurus, pemilik syarikat diberkas SPRM - Utusan Malaysia

Tuntutan palsu Penjana Kerjaya: 12 lagi pengurus, pemilik syarikat diberkas SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 12 lagi individu dipercayai terlibat dalam kes tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya di seluruh negara melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM63 juta.

Penahanan kesemua suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan semalam secara serentak di seluruh negara dalam operasi khas Op Hire 2.0.

Tambahan tangkapan ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang diberkas iaitu seramai 59 individu terdiri 41 lelaki dan wanita (18 orang).

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, tangkapan terbaru ini terdiri daripada pemilik , pengarah, pengurus syarikat yang dikesan SPRM melakukan tuntutan dana berkenaan.

“Kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah pagi ini bagi mendapatkan perintah reman,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan mengenai penahanan itu.

Kata beliau, SPRM masih lagi meneruskan operasi Op Hire 2.0 bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan yang dilihat sebagai isu yang serius.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, lebih 100 syarikat berstatus sendirian berhad dipercayai telah berada dalam ‘radar’ SPRM selepas disyaki membuat tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya.

Syarikat daripada pelbagai sektor dan bidang itu dikenal pasti oleh SPRM hasil operasi dan risikan berterusan bersama Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) dalam operasi khas Op Hire yang mengesan mana-mana individu ‘mengambil kesempatan’ melakukan jenayah rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan bagi mendapatkan dana Kerajaan di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ketika negara berdepan ancaman Covid-19 pada 2020.

SPRM juga semalam telah 47 orang lagi terdiri pengarah syarikat oleh SPRM di seluruh negara dalam operasi Op Hire 2.0 yang dijalankan sejak petang kelmarin.

Utusan Malaysia difahamkan, jumlah tuntutan yang terlibat adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta dan Op Hire 2.0 ini adalah lanjutan daripada Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 yang lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya