Tiada isu pengurusan air Sabah diambil alih-Hajiji

Tiada isu pengurusan air Sabah diambil alih-Hajiji

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tampil menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak akan mengambil alih pengurusan air Sabah.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada mengeluarkan kenyataan kerajaan persekutuan akan mengambil alih pengurusan air Sabah.

“Apa yang Perdana Menteri maksudkan adalah kerajaan persekutuan akan membantu menangani masalah air dengan menyediakan peruntukan seperti yang dilakukan dalam menangani isu bekalan air di Kelantan.

“Pada masa ini, kerajaan negeri dalam proses melaksanakan perancangan bagi menyelesaikan masalah air di Sabah dan dengan bantuan kerajaan persekutuan, kita percaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah bekalan air Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hajiji, kerajaan negeri akan menyelesaikan semua isu berkaitan semasa mesyuarat bersama Perdana Menteri bagi membolehkan masalah bekalan air diselesaikan secara tuntas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Sektor Lebuhraya Pan Borneo berkata, walaupun kerajaan negeri mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air di Sabah namun, tidak bermaksud pengurusan air akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, dalam menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah, ia memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Maka, kerajaan negeri memerlukan bantuan geran atau pinjaman daripada kerajaan Persekutuan.

Katanya, laporan akhbar yang menyatakan kerajaan persekutuan akan mengambil alih pengurusan air Sabah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat di negeri ini.

“Namun, kalau kita tengok video Perdana Menteri semasa Konvensyen kerajaan perpaduan, kenyataan dikeluarkan adalah kerajaan persekutuan akan membantu menyelesaikan masalah air di Sabah.

“Tidak dinyatakan bahawa kerajaan persekutuan akan mengambil alih pengurusan air Sabah. Di Sabah, pengurusan air berada di bawah bidang kuasa negeri,” katanya.

Semalam, sebuah akhbar nasional melaporkan dalam ucapan Perdana Menteri semasa Konvensyen Nasional menyatakan kerajaan persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air di Sabah dalam usaha menyelesaikan isu berkenaan.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya