Final Piala Dunia bertambah gah dengan kehadiran bintang dunia

Final Piala Dunia bertambah gah dengan kehadiran bintang dunia

SHAKIRA (tengah) ketika acara pembukaan Piala Dunia 2026, bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Pentas final Piala Dunia 2026 bukan sekadar menjadi tumpuan peminat bola sepak, malah dijangka bertukar menjadi gelanggang himpunan selebriti terkenal dunia apabila barisan artis, pelakon dan pemimpin antarabangsa memeriahkan aksi penentuan antara Sepanyol dan Argentina di Stadium MetLife, awal pagi esok.

Lebih 80,000 penyokong dijangka memenuhi stadium itu, manakala berbilion penonton di seluruh dunia bakal menyaksikan bukan sahaja perebutan trofi berprestij, malah pelbagai persembahan istimewa yang disusun sebelum dan ketika waktu rehat perlawanan.

Pelakon Hollywood, Tom Cruise dijadual mencuri perhatian menerusi penampilan khas dalam upacara penutup pra-perlawanan bersama penyanyi Britain, Robbie Williams, Nicole Scherzinger serta pemenang Anugerah Oscar, Jennifer Hudson yang akan menyampaikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.

Cruise sekali lagi menjadi tumpuan selepas aksi lagaknya pada majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024, dengan ramai menjangkakan pelakon berusia 64 tahun itu akan menghadirkan satu lagi persembahan istimewa di Stadium MetLife.

Persembahan paling dinantikan bagaimanapun ialah pertunjukan separuh masa selama 11 minit yang julung kali diperkenalkan dalam sejarah Piala Dunia, dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino sebelum ini menyifatkannya sebagai persembahan terbesar pernah dianjurkan.

Madonna akan mengetuai barisan artis yang turut dibarisi Justin Bieber, kumpulan K-pop BTS dan Shakira, yang menyampaikan lagu rasmi kejohanan, Dai Dai, bersama Burna Boy.

Turut membuat persembahan ialah konduktor Venezuela, Gustavo Dudamel bersama sebuah koir dari New York, diiringi kumpulan Coldplay, manakala vokalisnya, Chris Martin bertindak sebagai penyelaras keseluruhan persembahan separuh masa tersebut.

Selain menghiburkan peminat, persembahan berkenaan turut membawa misi kebajikan apabila hasil kutipan akan disalurkan kepada inisiatif pendidikan kendalian FIFA dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Global Citizen.

Selain itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, rapper Post Malone dan pencipta kandungan terkenal, IShowSpeed turut dijangka berada di Stadium MetLife bagi menyaksikan perlawanan berprestij itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN