Del Bosque ingatkan Sepanyol jangan pandang rendah Argentina

Del Bosque ingatkan Sepanyol jangan pandang rendah Argentina

Vicente del Bosque. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MADRID: Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque mengingatkan skuad La Roja supaya tidak memandang mudah cabaran Argentina pada final Piala Dunia 2026 sambil menyifatkan juara bertahan itu sebagai lawan yang cukup sukar dan berpengalaman.

Del Bosque, yang membawa Sepanyol muncul juara dunia buat kali pertama pada 2010 selepas menewaskan Belanda, bagaimanapun percaya La Roja memiliki kelebihan berdasarkan aksi meyakinkan mereka sepanjang kejohanan kali ini.

“Argentina adalah pasukan yang sukar untuk dihadapi, satu pasukan yang benar-benar menyusahkan, jika saya boleh menggunakan perkataan itu, dan mereka tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan.

“Saya melihat final ini memihak kepada Sepanyol, tetapi mereka perlu berhati-hati dengan Argentina kerana mereka sebuah pasukan yang sukar dihadapi dan memiliki pengalaman yang luas,” katanya.

Jurulatih berusia 75 tahun itu turut memuji corak permainan Sepanyol yang disifatkannya sentiasa menguasai setiap perlawanan mengikut rentak sendiri, selain mempamerkan keyakinan tinggi untuk muncul juara.

“Dalam perlawanan yang kami saksikan, permainan sentiasa berlangsung mengikut rentak pasukan kebangsaan. Mereka menguasai keadaan dan memperlihatkan keyakinan serta ketenangan.

“Saya percaya mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk menjulang trofi,” katanya.

Sementara itu, wira final Piala Dunia 2010, Andres Iniesta berharap generasi baharu Sepanyol mampu menghadiahkan kejuaraan dunia kedua buat negara itu, namun pada masa sama mengakui kapten Argentina, Lionel Messi masih kekal luar biasa pada usia 39 tahun kerana disiplin tinggi, dedikasi terhadap sukan serta semangatnya yang tidak pernah luntur untuk terus memperbaiki diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN