PASIR PUTEH: Pemakaian pelitup muka dalam kalangan murid sekolah dilihat ‘longgar’ selepas ibu bapa mendakwa tiada arahan khusus daripada pihak sekolah. Tinjauan ke beberapa buah sekolah mendapati, kebanyakan murid dan pelajar tidak memakai pelitup muka sebagai langkah waspada terhadap penularan semula Covid-19 selepas cuti sambutan Aidilfitri. Seorang ibu dari Cherang Ruku, Fatimah Ismail, 35, berkata setakat ini mereka tidak menerima sebarang arahan yang mewajib sama ada edaran bertulis atau pesanan…










