Sembilan kematian kes lemas di Terengganu - Utusan Malaysia

Sembilan kematian kes lemas di Terengganu

ANGGOTA Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM membawa keluar mayat seorang mangsa lemas di Taman Rekreasi Lata Tembakah, Besut, Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu merekodkan sembilan kematian daripada 10 kes lemas di kawasan rekreasi di negeri ini sejak Januari lalu.

Menurut Pengarah JBPM negeri, Hassan ‘As’ari Omar, daripada jumlah kematian itu, tiga kes dilaporkan di daerah Dungun serta Kemaman manakala satu di Setiu, Marang, dan Kuala Nerus.

Sehubungan itu beliau berkata, JBPM Terengganu akan meningkatkan pemantauan di kawasan rekreasi di seluruh negeri yang menjadi tumpuan ekoran cuaca panas ketika ini.

“Antara elemen penting yang akan diberi perhatian JBPM ketika ini adalah peningkatan kes lemas ketika aktiviti air sama ada di sungai, pantai atau kawasan rekreasi air terjun.

“Langkah pencegahan akan ditingkatkan seperti pemantauan serta turun padang ke lokasi-lokasi tumpuan bagi memberi kesedaran kepada pengunjung agar lebih berhati-hati.

“Berdasarkan rekod sejak Januari, sebanyak 10 kejadian lemas dilaporkan dengan sembilan kematian manakala 16 terselamat termasuk seorang tercedera,” ujarnya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hassan ‘As’ari menjelaskan, antara lokasi dilaporkan berlaku kes lemas adalah Hutan Simpan Hulu Paka, Air Terjun Tasik Puteri dan Lubuk Kain, Kampung Shukor di Dungun.

Selain itu beliau berkata, Pantai Kekabu di Marang serta Kampung Baru Penarik di Setiu turut menjadi kawasan rekreasi yang sering dikunjungi orang ramai sekaligus memerlukan pemantauan berterusan.

“Jumlah kes dan kematian akibat lemas menunjukkan pertambahan dengan terbaharu dua mangsa yang mati lemas di Lubuk Kain, Kampung Shukor, baru-baru ini.

“JBPM Terengganu memandang serius isu bencana di tempat rekreasi dan akan menambah baik langkah pencegahan terutama dengan kehadiran ramai pengunjung ketika ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.