Seksi? Terima kasih atas teguran itu - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Seksi? Terima kasih atas teguran itu – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon, Elly Mazlein tidak mengambil hati malah terbuka menerima kritikan segelintir warganet yang kurang senang dengan penampilannya di pentas Big Stage 5 malam tadi.

Jelas Elly, dia perlu kekal positif dan menerima teguran peminat kerana tanpa sokongan mereka, tidak mungkin kerjaya seninya berkembang seperti sekarang.

“Tak kisah pun kalau ada yang tegus atau kritikan. Bagi saya, itu adalah tanda mereka sayang. Bila ditegur, saya ambil maklum dan berterima kasih atas sokongan mereka.

“Saya sayang netizen. Biarlah ramai yang mengecam di media sosial, kerja tetap berjalan seperti biasa. Saya tak boleh ambil hati atau berang dengan teguran mereka.

“Saya tak suka wujudkan aura negatif dalam kehidupan. Positif kan diri sendiri itu penting untuk kesihatan mental. Saya mahu kerja dalam keadaan menyenangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Elly juga meliuahkan rasa gembira apabila gandingannya dengan pengcara popular Indonesia, Rina Nose diterima peminat sehingga sohor kini di media sosial.

“Saya sangat seronok dapat mengacara Big Stage 5 kali ini. Apatah lagi, berandingan dengan Rina Nose. Kami dua-dua sama ‘gila’. Jadi mudah untuk kerja sama.

“Juri dan para peserta pun membantu mewujudkan aura positif. Jadi saya perlu beri yang terbaik dan sentiasa bertenaga dalam mengacara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN