Sayang kepada Diana makin bertambah - Farid Kamil - Utusan Malaysia

Sayang kepada Diana makin bertambah – Farid Kamil

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, berharap prosiding Sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini akan mencapai kata sepakat.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari juga gembira kerana dapat bertentang mata dengan isterinya, Diana Danielle, 32, selain menyatakan rasa sayangnya terharap Diana semakin mendalam.

“Harapnya hari ini dapatlah saya bertentang mata dengan isteri saya. Rasa sayang saya (kepada Diana) semakin bertambah-tambah.

“Semoga kami dapat besarkan anak anak seperti kanak-kanak normal,” katanya kepada Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Terdahulu, Diana tidak menghadirkan diri ke bagi prosiding Sulh yang berlangsung pada 11 April lalu kerana belum bersedia bersemuka dengan Farid.

Sebelum ini, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000 pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.- UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN