Imran Ajmain tidak akan jadi penyanyi jika bukan kerana drama Kerana Cintaku Saerah - Utusan Malaysia

Imran Ajmain tidak akan jadi penyanyi jika bukan kerana drama Kerana Cintaku Saerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Imran Ajmain mendedahkan dia mungkin tidak akan bergelar sebagai seorang penyanyi hari ini jika tiada drama Kerana Cintaku Saerah ditayangkan dahulu.

Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini, 45, berkata, dia mengakui fasa mencuba nasib sebagai pemuzik sangat perit, sebelum rakan artis, Altimet tampil memberikan cadangan.

“Kalau drama ini tidak wujud, saya sendiri pun tidak tahu apa yang akan terjadi kepada diri saya. Perit perih mahu menjadi pemuzik dan penulis lagu, tiba-tiba saya menjadi penyanyi kerana tiada sesiapa yang berminat mahu menyanyikan lagu ciptaan saya.

“Altimet mencadangkan agar saya rakamkan sahaja sendiri pada tahun 2004. Kemudian, saya mendapat panggilan telefon daripada Budakijat yang memohon lagu Seribu Tahun untuk dijadikan lagu tema drama terbitannya,” katanya.

Dalam pada itu, Imran memanjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang mendendangkan lagu tersebut buat para peminat setianya sehingga ke hari ini.

Biarpun sedar masa telah merubah vokal dan wajahnya, karya tersebut terus menjadi pengenalan terbesar dirinya dalam industri muzik.

“Alhamdulilah masih nyanyi lagu yang sama sampai hari ini walaupun suara dan wajah dah berubah,” katanya ringkas.

Untuk rekod, drama Kerana Cintaku Saerah merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin yang ditayangkan pada 2007 di TV3 dan telah melonjakkan nama Imran menerusi lagu Seribu Tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN