Samakan tindakan Anwar dengan Tun Mahathir dalam Op Lalang adalah jahat

Samakan tindakan Anwar dengan Tun Mahathir dalam Op Lalang adalah jahat

AWANG SOLAHUDDIN HASHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim yang menyifatkan pertuduhan jenayah dikenakan kepada seteru politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama `zalim’ dengan tindakan keras yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Op Lalang pada 1987, adalah satu fitnah jahat dan tidak masuk akal.

Selain itu, dakwaan Awang Solahuddin bahawa Ahli Parlimen Tambun itu telah menggunakan `kaedah mengugut’ adalah sesuatu yang kejam, keji, palsu dan didorong dengan niat jahat.

“Tiada sedikit pun bukti dalam dakwaan defendan (Awang Solahuddin) dalam hal ini dan plaintif (Anwar) meletakkan defendan ke atas beban bukti kukuh. Perkara di atas turut mengukuhkan niat jahat defendan yang jelas dan nyata dalam memfitnah plaintif dengan mengeluarkan Kenyataan-kenyataan lisan tersebut,”katanya.

Anwar turut menafikan bahawa beliau telah melakukan pendakwaan politik seperti yang didakwa oleh defendan kerana semua badan penyiasatan dan perkhidmatan pendakwaan di Malaysia bertindak secara bebas, saksama dan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Anwar berkata demikian dalam afidavit balasan terhadap penyataan pembelaan yang difailkan oleh Awang Solahuddin pada 4 April lalu.

Menurut penyataan pembelaan defendan, Awang Solahuddin menyatakan strategi dan kaedah mengugut yang dirujuk oleh Ahli Parlimen Pendang itu merujuk kepada tindakan Kerajaan pimpinan plaintif yang membuat pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pada 21 Februari 2023.

Ujar Awang Solahuddin, pendakwaan terhadap Wan Saiful yang tidak memegang sebarang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri tetapi masih dituduh melakukan rasuah merupakan satu mesej jelas oleh Kerajaan Plaintif bahawa Menteri atau Timbalan Menteri lebih-lebih lagi boleh dihadapkan ke Mahkamah memandangkan kuasa mereka lebih besar. 

“Perkataan ‘strategi’ dan ‘kaedah mengugut’ secara jelasnya bukannya merujuk kepada satu perlakuan jenayah, namun adalah merupakan strategi dan kaedah politik yang digunakan terutama dalam ‘realpolitik’ (politik sebenar,”kata defendan itu dalam pembelaannya.

Pada 3 Mac lalu, Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman terhadap Awang Solahuddin (defendan) berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkannya di lobi Parlimen, Februari lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam pernyataan tuntutannya berkata, defendan dengan sengaja memfitnah walaupun plaintif sudah menafikan secara terbuka bahawa beliau pada realitinya tidak campur tangan dengan tugas serta kuasa agensi penguatkuasaan dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Berdasarkan pernyataan tuntutan, kenyataan fitnah daripada audio dan video tersebut telah diterbitkan semula atau menyebabkan penerbitan semula oleh Awang Solahuddin di aplikasi TikTok melalui akaun di bawah nama “@asriasri64chanel”.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata pada hari sama (21 Februari) portal MalaysiaKini menerbitkan semula sebahagian kenyataan fitnah daripada audio dan video berkenaan menerusi dua artikel bertajuk `MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir’ manakala dalam versi Bahasa Inggeris, bertajuk `Why no LCS charges, MP asks ‘more vindictive than Mahathir’ PM’.

Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau mempunyai sifat pendendam serta membalas dendam, telah menyalah guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencampuri, mengganggu serta sewenang-wenangnya mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan di Malaysia untuk agenda politik peribadi.

Beliau mendakwa Awang Solahuddin sengaja dan berniat jahat mengucap serta menerbitkan kenyataan fitnah itu untuk menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian peribadi terhadap plaintif yang kini Ketua Kerajaan Perpaduan yang sah dan komited untuk membasmi segala bentuk rasuah.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.