Saksi, suspek, mangsa kes buli pelatih TUDM dipanggil beri keterangan - Utusan Malaysia

Saksi, suspek, mangsa kes buli pelatih TUDM dipanggil beri keterangan

RAMLI Mohamed Yusoof (dua, kiri) memeriksa perbarisan ketika menghadiri Perhimpunan Khas sempena pertukaran Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai enam suspek dipercayai terlibat kes buli membabitkan lima pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan di sini pada 12 Mei lalu dipanggil untuk membantu siasatan.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek tidak ditahan sebaliknya hanya dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Setakat ini, kita merakam lebih 10 keterangan daripada saksi termasuk suspek dan mangsa.

“Kita akan memanggil seba­nyak mungkin saksi dalam kalangan pelatih dan penyelia untuk mendapatkan keterangan berhubung kes itu,” kata­nya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Ramli berkata, siasatan kes berkenaan dijangka tidak mengambil masa lama.

Jelasnya, sebarang kes membabitkan penjawat awam, prosedur siasatannya tetap sama.

“Jika ada ele­men pelaku dikatakan melakukan kesalahan itu dan pada pendapat Timbalan Pendakwa Raya, perkara ini perlu dibawa untuk pertuduhan maka kita akan teruskan.

“Kita nak ingatkan kepada semua pihak yang diberi kuasa terutama dalam konteks pusat latihan supaya perkara seperti ini dapat dibendung. Kadang-kadang wujud persepsi benda seperti ini berlaku adalah satu ciri atau karakter yang menjadi budaya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lima pelatih kursus TUDM dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan.

Ia terbongkar apabila keluarga daripada salah seorang mangsa membuat laporan polis dan turut memuat naik kes ber­kenaan di laman media sosial Twitter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya