RUU kawalan tembakau, vape dibentang Jun

RUU kawalan tembakau, vape dibentang Jun

LUKANISMAN Awang Sauni bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan di Dewan Hang Tuah, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan rang undang-undang (RUU) baharu kawalan tembakau dan vape di Dewan Rakyat pada awal bulan depan.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah membawa perkara itu kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan Kabinet bersetuju KKM membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kali pertama.

Katanya, semua ahli Parlimen termasuk pembangkang diminta memberikan sokongan supaya usaha kerajaan untuk mewujudkan generasi bebas merokok berjaya dicapai.

“KKM membawa banyak kertas penting pada Persidangan Dewan Rakyat bulan depan seperti kertas putih kesihatan, kertas putih vaksin dan yang paling menjadi tumpuan ramai adalah RUU kawalan merokok.

“Parlimen dijangka dibuka pada 6 Jun tetapi kita sedang menunggu tarikh sebenar daripada pihak Parlimen dan menjangkakan RUU dibentang pada minggu awal persidangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Tambah Lukanisman, KKM telah mengadakan sesi libat urus membabitkan pelbagai pihak seperti ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemain industri.

Menurutnya, libat urus itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan isu-isu berkaitan seperti pemeriksaan badan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah tanpa waran, yang mana telah diselesaikan melalui draf dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Terdapat fasal dalam draf asal yang ditentang ahli Parlimen telah ditarik balik. Kita mengharapkan RUU ini dapat diluluskan dalam kedua-dua dewan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai kawalan vape, Lukanisman menjelaskan, buat masa ini tiada undang-undang atau peraturan untuk diikuti pemain industri, selain kerajaan tidak mempunyai kuasa bagi mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan vape.

Katanya, sokongan semua pihak terhadap RUU berkenaan sangat penting bagi menutup kelemahan tersebut.

“Isu yang besar sekali adalah untuk menguatkuasakan vape yang mempunyai banyak masalah dan tekanan daripada masyarakat supaya KKM mengambil tindakan serius. Berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi (NHMS) 2022, penggunaan vape dalam kalangan remaja dalam negara meningkat daripada prevalens 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022.

“Antara fasal yang terdapat dalam RUU itu seperti peraturan kandungan bahan dalam cecair nikotin, peranti, pengiklanan dan penjualan pula tidak dibenarkan berdekatan premis pendidikan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya