Ribut petir, hujan lebat diramal di 9 negeri hingga 6 petang - Utusan Malaysia

Ribut petir, hujan lebat diramal di 9 negeri hingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan tempat di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik); Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor); Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Selain itu di Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta di Sabah: Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan,” menurut hantaran terbaharu di laman Facebook, hari ini.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya