Alcaraz elak bertarung lagi?

Alcaraz elak bertarung lagi?

Carlos Alcaraz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Juara Terbuka Perancis, Carlos Alcaraz memberi bayangan sanggup melepaskan peluang mempertahankan gelaran di Roland Garros bulan depan demi memberi keutamaan kepada pemulihan kecederaan pergelangan tangannya.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini menarik diri daripada kejohanan di Barcelona selepas mengalami kesakitan ketika melakukan pukulan balas yang awalnya disangka tidak serius.

Namun, keadaan sebenar kecederaan tersebut disahkan lebih membimbangkan sehingga memaksanya mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap jadual pertandingan.

“Saya lebih rela kembali sedikit lewat tetapi dalam keadaan cergas berbanding kembali terlalu awal dan tidak bersedia.

“Dengan izin Tuhan, saya masih mempunyai karier yang panjang, bertahun-tahun lagi dan jika saya terlalu memaksa diri di Roland Garros, ia boleh menjejaskan saya pada kejohanan akan datang,” kata Alcaraz.

Alcaraz kemudian turut menarik diri daripada Terbuka Madrid sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai status penyertaannya di Paris yang dijadualkan bermula 18 Mei ini.

Kebimbangan itu semakin memuncak apabila bintang Sepanyol tersebut memberi isyarat jelas bahawa pemulihan jangka panjang menjadi keutamaan utamanya ketika ini.

“Dalam dunia profesional, perkara seperti ini berlaku dan anda perlu menerimanya serta saya perlu pulih sepenuhnya jika tidak mahu ia memberi kesan kepada masa depan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN