LANGKAWI: Tempahan hotel bajet di sekitar pulau pelancongan ini masih berada pada tahap rendah meskipun ramai pengunjung termasuk pelancong asing mengambil peluang bercuti di Pulau Langkawi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (Kedah/Perlis), Datuk Noorazly Rosly berkata, berbanding inap desa, fasiliti disediakan mereka kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelancong ketika ini. “Kemasukan pelancong ke pulau ini semakin menunjukkan perkembangan yang baik berbanding pada cuti persekolahan sebelum ini…










