Rakaman CCTV bongkar kehilangan cip RM1.5 juta - Utusan Malaysia

Rakaman CCTV bongkar kehilangan cip RM1.5 juta

Cip
HUSSEIN Omar Khan menunjukkan komponen cip elektronik bernilai RM1.5 juta yang berjaya dirampas oleh anggota polis dalam kes rompakan gudang sebuah syarikat logistik kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, bulan lalu. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya membongkar kecurian cip elektronik bernilai RM1.5 juta di gudang sebuah syarikat logistik kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, bulan lalu.

Jenayah itu melibatkan enam lelaki berusia 21 hingga 38 tahun termasuk dua pekerja syarikat berkenaan yang bertindak melarikan lapan kotak cip tersebut, kira-kira pukul 4.30 pagi, 21 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan semua suspek dilakukan hasil aduan pengurus syarikat yang memaklumkan premis itu dipecah masuk dan kehilangan cip elektronik.

“Namun, rakaman CCTV mengesan dua pekerja mencuri dengan membawa keluar lapan kotak daripada gudang itu. Siasatan awal mendapati sebanyak 42 kotak berisi cip untuk membuat televisyen dan telefon itu dijadualkan untuk dieksport ke Taiwan.

“Kedua-dua lelaki itu dipercayai tidak mengetahui cip berkenaan bernilai tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Jelas Hussein, hasil risikan dan maklumat membawa kepada penahanan enam suspek di sekitar KLIA, Sungai Pelek dan Nilai, Negeri Sembilan pada 22 April lalu.

“Empat daripada mereka mengaku melakukan jenayah itu sekali gus menyelesaikan kes berkenaan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua suspek masih direman polis sehingga hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya