BACHOK: Pusat pelupusan sampah di Beris Lalang di sini menjadi lubuk rezeki kepada golongan pencari barangan lusuh. Ini kerana mereka mendakwa, mampu meraih pendapatan lumayan dengan mengutip barangan terbuang untuk dijual dan dikitar semula demi kelangsungan hidup. Kawasan seluas lebih 22 hektar itu yang mampu menerima 350 hingga 380 tan sisa sehari daripada empat kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi lokasi tumpuan 10 pencari barangan lusuh. Tinjauan Utusan Malaysia…










