Puteri Sarah balas tuntutan nusyuz terhadap Syamsul - Utusan Malaysia

Puteri Sarah balas tuntutan nusyuz terhadap Syamsul

PEGUAM syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah (kanan) bersama peguam syarie, Azmi Mohd Rais (kiri) yang mewakili Syamsul Yusof bercakap pada pemberita selepas sebutan semula tuntutan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pelakon, Puteri Sarah memfailkan tuntutan balas kes nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, tuntutan tersebut difailkan pada pagi sebelum prosiding bermula hari ini.

“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul.

“Dalam pada masa sama Puteri Sarah turut memfailkan tuntutan balas iaitu tuntutan nusyuz terhadap Syamsul,” katanya.

Peguam itu ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pagi ini.

Tambah peguam itu, antara tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya terhadap Syamsul adalah sikap tidak bertanggungjawab suaminya dalam rumah tangga.

“Namun, terma-terma secara terperinci saya tidak boleh dedahkan,” ujarnya.

Malah, Akberdin turut memaklumkan Puteri Sarah juga telah memfailkan pembelaan terhadap terhadap tuntutan nusyuz yang difailkan Syamsul.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan pada 21 Mac lalu selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu.

Sebelum ini, Syamsul ketika memfailkan tuntutan nusyuz itu berkata terdapat beberapa alasan tuntutan nusyuz itu dibuat ke atas Puteri Sarah antaranya kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.

Dalam pada itu, peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul, 39, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof mengesahkan perkara berkenaan.

Menurut Azmi, dokumen berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan Puteri Sarah baru diperoleh dan pihaknya akan meneliti sebelum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu.

Semasa prosiding, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee kemudian telah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Pada tarikh sebutan semula kes hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.

Sebelum ini, pengarah filem fenomena Munafik itu memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Selain itu, alasan lain yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya