Kek lobak mini

Kek lobak mini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiba-tiba mengidam mahu makan kek tetapi dalam masa sama mahu pilihan yang berkhasiat?

Jom cuba resipi kek lobak mini yang mudah disediakan ini.

Saiznya yang kecil menjadikan kek ini sesuai dijadikan kudapan ringan untuk seisi keluarga.

 

Bahan-bahan
• 3 biji telur
• 187.5 gram gula
• 187.5 gram tepung gandum
• 1 1/5 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 1/5 sudu kecil baking powder
• 1 1/5 sudu kecil vanila esen
• 225 mililiter minyak jagung
• 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
• 400 gram lobak (diparut)
• 100 gram kacang walnut
• Garam (secubit)

 

Cara penyediaan
• Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
• Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik secara perlahan-lahan sambil terus dipukul.
• Masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak jagung dan gaul sehingga sebati.
• Tuangkan minyak jagung secara perlahan-lahan dan gaul sebentar sehingga adunan bercampur rata.
• Tuang adunan ke dalam acuan kecil dan bakar sehingga masak.

 

Terima kasih : Cef pastri, Siti Fareeha Mohamad Foizi
Lokasi : Hotel Dorsett Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN