PRN: Gelombang PN bakal beri kemenangan di enam negeri - Utusan Malaysia

PRN: Gelombang PN bakal beri kemenangan di enam negeri

ABU Bakar Hamzah melayan tetamu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri DUN Kuala Perlis di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Gelombang sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dijangka bakal memberi kemenangan buat gabungan itu di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Berdasarkan gelombang sokongan yang positif ketika ini, PN optimis dapat meraih kemenangan bergaya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, PN bakal menerima sokongan yang hebat daripada rakyat berikutan pentadbiran kerajaan Madani pada ketika ini telah melakukan banyak kesilapan dan mendatangkan kemarahan orang ramai.

“Kita tengok contohnya seperti di Perlis sendiri yang sebelum ini merupakan kubu bagi UMNO malah kekuatan sokongan mereka cukup terserlah namun telah tewas apabila berlakunya gelombang perubahan.

“Jadi kita yakin gelombang ini akan kembali melanda di enam negeri pada PRN nanti dengan kekuatan jentera dan calon yang berkelayakan,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka DUN Kuala Perlis di Taman Bukit Kubu, di sini, semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan Bersatu di Perlis, Abu Bakar berkata, setakat ini, parti itu telah menerima sebanyak 1,200 keahlian baharu di Kuala Perlis di mana 50 peratus daripadanya merupakan bekas ahli UMNO.

Katanya, kebanyakan bekas ahli UMNO memilih untuk bersama Bersatu selepas parti Melayu itu menjalinkan kerjasama dengan DAP.

“Mereka pilih untuk bersama Bersatu kerana yakin Bersatu boleh gantikan UMNO untuk membela nasib masyarakat Melayu di negara ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya