Polis kesan suspek simbah asid di 10 kedai kenderaan terpakai - Utusan Malaysia

Polis kesan suspek simbah asid di 10 kedai kenderaan terpakai

SOFFIAN SANTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes menyimbah asid membabitkan 10 buah premis menjual kenderaan terpakai di kawasan Green Lane dan Pulau Tikus, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima 11 laporan berhubung kejadian tersebut yang dilaporkan berlaku sejak awal bulan ini sehingga yang terbaru beberapa hari lalu.

Katanya, kejadian tersebut menyebabkan berlaku kerosakan kepada beberapa buah kenderaan terpakai yang dijual di premis terlibat.

”Polis masih menjalankan siasatan lanjut selepas menerima 11 laporan membabitkan 10 premis menjual kenderaan terpakai yang disimbah asid.

”Usaha mengesan suspek masih dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan kejadian menyimbah asid ini dilakukan suspek yang sama,” katanya di sini hari ini.

Menurut Soffian, jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh pemilik premis kenderaan terpakai itu juga masih dalam siasatan.

Jelas beliau, berdasarkan siasatan awal, semua pemilik premis menjual kenderaan terpakai itu mendakwa tidak berhutang dengan ah long.

”Mereka juga menyatakan tidak bermusuh, bergaduh atau berselisih faham dengan mana-mana pihak sehingga premis mereka disimbah asid,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis bagi menyalurkan maklumat.

”Kita juga sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian simbah asid itu dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian bagi mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.