Kes bunuh lelaki Myanmar: Tiga suspek ditahan bantu siasatan

Kes bunuh lelaki Myanmar: Tiga suspek ditahan bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Polis berjaya menahan tiga orang suspek bagi membantu siasatan berhubung satu kes bunuh yang berlaku di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat di sini kira-kira pukul 3.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, suspek pertama yang berusia 38 tahun itu ditahan oleh orang awam kerana dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sementara itu, dua lagi individu (suspek) turut ditahan tidak lama kemudian bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian semalam, seorang lelaki warga Myanmar berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas dipercayai diserang dan ditikam pada beberapa bahagian badan.

Insiden tikaman itu turut menyebabkan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga warga Myanmar mengalami kecederaan sebelum wanita itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN