Perdana Menteri hadiri segmen maritim LIMA23

Perdana Menteri hadiri segmen maritim LIMA23

ANWAR Ibrahim bersama Mohamad Hasan menyaksikan demonstrasi segmen maritim pada LIMA23 di Resort World Langkawi. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan segmen maritim pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) di Resort World Langkawi (RWL) hari ini.

Ketibaan Anwar kira-kira pukul 4 petang disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Rahman Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja segmen tersebut.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Pada majlis itu, satu penyusupan oleh penyelam yang menaiki jet ski dengan membawa kompas untuk diaktifkan oleh Perdana Menteri menjadi gimik perasmian segmen itu.

Anwar turut menyaksikan demonstrasi bot maritim yang mempamerkan pergerakan taktikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Sebuah lagi demonstrasi adalah memperlihat keupayaan menyelamatkan tebusan yang menggabungkan kepakaran Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR) Maritim Malaysia, Unit Gempur Marin PDRM dan Jabatan Laut Malaysia bersama aset permukaan dan udara.

Adegan terakhir adalah terbang lintas hormat dan pelayaran lintas hormat yang melibatkan aset udara dan permukaan sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri dan tetamu lain.

Pada majlis itu, Anwar turut melakukan pemeriksaan kapal di laut yang merupakan satu acara tradisi tentera laut seluruh dunia.

Segmen maritim yang bermula hari ini sehingga 27 Mei dibuka kepada orang ramai secara percuma sepanjang pameran LIMA23 berlangsung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.