Pelepasan nyamuk Wolbachia terbukti atasi denggi - Utusan Malaysia

Pelepasan nyamuk Wolbachia terbukti atasi denggi

LUKANISMAN Awang Sauni (dua dari kiri) menunjukkan nyamuk berbakteria Wolbachia pada program pelepasan di Taman Bemban Jaya, Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kementerian Kesihatan akan me­laksanakan pelepasan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia ke seluruh negara ekoran kejayaan program perintis di 27 lokaliti dalam usaha memperkukuh kawalan denggi.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, program perintis itu mendapati, kaedah pelepasan nyamuk ber­kenaan terbukti dapat mengatasi peningkatan wabak tersebut.

Jelasnya, beberapa lo­kaliti terutama di ibu negara, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor me­nunjukkan tiada kes demam denggi dilaporkan selepas pelepasan dilakukan.

“Kejayaan program perintis membuktikan kaedah pelepasan nya­muk berbakteria Wolbachia telah dapat mengurangkan peningkatan kes denggi di lokaliti terbabit.

“Nyamuk ini adalah satu inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi dan ini terbukti apabila tiada kes denggi direkodkan di 27 lokaliti berulang semula.

“Ini kerana bakteria Wolbachia yang disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes akan merencatkan pertumbuhan virus denggi dalam nyamuk dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Pelepasan Nyamuk Berbakteria Wolbachia Fasa Dua di Taman Bemban Jaya di sini semalam.

Tambah Lukanisman, orang ramai tidak perlu risau mengenai kaedah itu yang telah disahkan selamat terhadap manusia dan alam sekitar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, di Melaka sebanyak 300,000 ekor nyamuk telah dilepaskan sejak Mac tahun lalu di Taman Bemban Jaya yang di­pilih sebagai lokasi pertama pelepasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya