Operasi di Mid Valley dihentikan sementara waktu

Mid Valley ditutup sementara waktu

PUSAT beli-belah Mid Valley Megamall ditutup sementara waktu akibat kebakaran pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat beli-belah Mid Valley Megamall ditutup sementara waktu susulan insiden kebakaran yang berlaku pagi ini.

Pengurusan Mid Valley City dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook memaklumkan, demi keselamatan semua pihak, gangguan sementara kepada bekalan kuasa sehingga pihak berkuasa membenarkan ia diaktifkan semula.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan kami,” katanya hantaran itu.

Kata kenyataan itu, kebakaran berlaku di pencawang luar namun keadaan terkawal dengan bantuan Pasukan Tindak Balas Kecemasan, tanpa ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, pusat beli-belah itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Sehingga pukul 11.38 pagi, kami boleh mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“JBPM kini berada di tempat kejadian bagi menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan mengawal keadaan premis tanpa gangguan terhadap operasi pusat beli-belah,” jelasnya.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menggerakkan pasukan teknikal ke lokasi kejadian.

Menurut TNB, kebakaran PMU tersebut menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada pengguna di kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

“Punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB mengambil langkah segera untuk pemulihan bekalan dengan sebahagian pengguna terlibat telah mendapat bekalan seawal pukul 10.55 pagi,” jelasnya.

TNB berkata, pihaknya juga sedang berusaha memulihkan bekalan kepada pengguna yang masih terkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN