Nisbah anggota bomba dengan rakyat tidak seimbang

Nisbah anggota bomba dengan rakyat tidak seimbang

GENG abang sado JBPM mengibarkan Jalur Gemilang, bendera negeri Melaka dan bendera JBPM sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 sambil diperhatikan Nga Kor Ming (kiri) di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Nisbah terkini keanggotaan bomba iaitu satu anggota bagi 2,238 rakyat negara ini sama sekali tidak seimbang, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, dengan jumlah keanggotaan terkini melebihi 15,000 orang berbanding 33.57 juta populasi Malaysia, kerajaan akan meneliti secara komprehensif bagi cadangan penyusunan semula organisasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara berfasa.

Jelasnya, penyusunan itu melibatkan naik taraf perjawatan dan pengisian perjawatan sedia ada yang masih kosong serta mempertimbangkan untuk penambahan jumlah keanggotaan.

“Ini termasuklah elemen kebajikan seperti kajian semula skim bomba termasuk gaji dan elaun yang berkaitan. Saya yakin JBPM dan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti kertas cadangan ini sebelum kita angkat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Sebagai sebuah organisasi penyelamatan dan kecemasan utama negara, jabatan ini sentiasa bersedia dalam menangani sebarang situasi kecemasan baik kebakaran, kemalangan, khidmat khas mahupun sebarang bentuk bencana.

“Dalam kita mendepani isu dan cabaran masa kini, kejayaan sesebuah organisasi tidak akan dapat dicapai dengan mudah sekiranya nilai bersama atau shared values tidak dihayati oleh warganya,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 di Banda Hilir di sini, hari ini.

MOHD. ALI Mohd. Rustam (tengah) hadir ke Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 diiringi Nga Kor Ming (dua dari kiri) di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD

Sambutan yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Tema sambutan tahun ini adalah ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’ dipilih sebagai komitmen serta dedikasi JBPM untuk sentiasa menjadi benteng dan tiang utama negara.

Tambah Kor Ming, melalui Belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM206.64 juta bagi memperkasakan perkhidmatan bomba termasuklah RM46.51 juta untuk perolehan peralatan dan kelengkapan meningkatkan kecekapan serta tahap kesiapsiagaan.

“Jumlah peruntukan ini merupakan peningkatan hampir lima kali ganda berbanding 2022. Sukacita saya nyatakan RM18.2 juta peruntukan baharu telah diluluskan untuk perolehan kelengkapan kebombaan dan 12 ekor anjing pengesan.

“RM129.93 juta bagi pembinaan bangunan JBPM baharu di seluruh Malaysia dan menaik taraf bilik siap siaga di balai bomba sedia ada termasuk penyelenggaraan bangunan dan jentera bomba,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya