Mursyid Alharamain raih kemenangan isu TV Al-Hijrah - Utusan Malaysia

Mursyid Alharamain raih kemenangan isu TV Al-Hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Syarikat pengurusan haji dan umrah, Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd, lega kerana tuntutan saman terhadap stesen televisyen Islamik, Al-Hijrah yang difailkan sejak setengah tahun lalu akhirnya berpihak kepada mereka.

Menurut Pengarah Urusannya, Muhammad Mursyid Abu Hassan, saman itu dibuat setelah berasa teraniaya menerusi satu perjanjian tajaan bersama stesen televisyen berkenaan yang menyebabkan pihaknya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

“Tidak ramai yang tahu kes ini sebab saya tak cerita. Hanya yang terdekat dengan saya sahaja yang tahu. Sebelum ini, pihak stesen tv tersebut ada datang kepada kami untuk minta tajaan penerbangan ke Turki kerana pasukan pemasaran mereka telah mencapai sasaran jualan tahunan.

“Mereka minta kami taja dengan balasan mereka akan beri kami slot iklan di Tv Al-Hijrah. Sebagai sebuah stesen tv yang membawa imej baik, jadi kami setuju dan semua proses pun berjalan dengan baik.

“Kami dah bayar semuanya termasuk tiket penerbangan, hotel, pengakutan dan semuanya dan cuma tunggu masa nak terbang sahaja. Tiba-tiba dua hari sebelum pergi, mereka hantar surat membatalkan penerbangan selain memaklumkan telah kurangkan slot iklan yang telah dijanjikan serta syarat-syarat tambahan lagi,”katanya.

Kongsi Mursyid lagi, disebabkan itu, pihak pengurusan syarikatnya memilih jalan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Biar pihak mahkamah yang tentukan dan pulangkan hak kami. Jumlah kerugian memang cecah ratusan ribu semata-mata nak taja mereka. Sepatutnya, mereka akan ke Turki pada Oktober 2022.

“Kami menang kes ini pada tanggal 18 Mei lalu dan slot iklan kami pun telah rugi. Setengah tahun punya kes baru nak menang. Mereka yang berniaga tahu apa kesan jika pemasaran dengan bajet besar ini terganggu. Apapun insyaAllah ada hikmahnya,”katanya.

Dalam pada itu, kata Mursyid, pihak stesen tv berkenaan mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim.

“Jika mereka bantah insya-Allah kami akan tetap lawan untuk pertahankan hak kami. Saya tak nak ulas bab imej Islamik yang dibawa sebab imej itu sangat baik untuk dakwah. Tetapi pengurusan yang menganiaya orang itu bukanlah dari Islam,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.