Mualaf diserang strok gigih sara keluarga - Utusan Malaysia

Mualaf diserang strok gigih sara keluarga

MUHAMMAD Ridhuan Abdullah (dua kiri) bersama isterinya, Hasnah Haron dan dua orang anak di rumah mereka di Kampung Pengkalan Ubi Keling, Kuala Besut, Besut, Terengganu. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Namun alah bisa tegal biasa bagi seorang mualaf yang diserang strok dari paras pinggang hingga kaki, empat tahun lalu, untuk terus menyara keluarga dengan menjaja ikan menaiki motosikal roda tiga di sekitar Kuala Besut di sini.

Muhammad Ridhuan Abdullah, 43, yang tinggal di Kampung Pengkalan Ubi Keling, Kuala Besut di sini berkata, walaupun pendapatannya sebagai penjaja ikan tidak seberapa, namun dia tetap menggagahkan diri mencari rezeki.

Memeluk Islam pada 2005, katanya, kemiskinan hidup tidak mematahkan semangat be­kerja keras walaupun pergerakan terbatas demi memastikan tiga anak berusia sembilan hingga 17 tahun dapat bersekolah.

Isterinya, Hasnah Haron, 46, pula mengalami masalah jantung dan tidak dapat bekerja, namun masih berupaya menguruskan rumah tangga.

“Selepas Subuh, saya menunggang motosikal ke Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendapatkan bekalan ikan dan pasar borong membeli sayur-sayuran sebelum menjaja di beberapa buah kampung berdekatan.

“Dalam sehari saya memperoleh hasil jualan antara RM50 hingga RM70,” katanya di sini.

Jelasnya, dia juga ke­rap menahan kesakitan di bahagian kaki ketika menjaja dan terpaksa berehat sementara sebelum meneruskan perjalanan menjual ikan.

Orang ramai yang ingin­ membantu boleh meng­hubunginya (019-3157623) atau disalur ke akaun Bank Islam miliknya bernombor 13035020517742. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya