Maidam peruntukan RM68.1 juta bantuan zakat pendidikan - Utusan Malaysia

Maidam peruntukan RM68.1 juta bantuan zakat pendidikan

TENGKU Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) menyampaikan Sumbangan Pendidikan YPM di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyediakan peruntukan sebanyak RM68.1 juta untuk bantuan zakat pendidikan kepada pelajar di Terengganu pada tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM21 juta telah diagihkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, semua bantuan itu disalurkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan melalui 13 program termasuk bantuan awal pendidikan, bantuan pengajian Islam, bantuan pengurusan pondok dan bantuan Institusi Pendidikan Tinggi.

“Bagi meringankan beban kewangan golongan pelajar asnaf dan miskin, Maidam telah menyediakan pelbagai program bagi membantu mereka mendapat pendidikan yang sempurna walaupun dalam suasana ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Kita beri bantuan ini dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM), di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPM, Datuk Wan Ismail Wan Yusof berkata, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM1 untuk diagihkan kepada pelajar asnaf yang layak tahun ini.

“Terdapat lima program baharu telah diwujudkan di bawah YPM iaitu Skim Anak Angkat, Prihatin@ School, Prihatin@University, Boleh YPM Tolong serta Infra dan Fasiliti Pondok.

“Program Skim Anak Angkat ada menyediakan wang saku harian kepada pelajar yang berdepan cabaran kewangan daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke pengajian tinggi.

“Pelajar sekolah rendah diberi RM90 bulanan, pelajar sekolah menengah (RM120/bulanan) dan pelajar universiti (RM450/bulanan),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya