LZS kutip RM1.07 bilion lepasi sasaran tahun 2022 - Utusan Malaysia

LZS kutip RM1.07 bilion lepasi sasaran tahun 2022

LZS
SYED Anwar Jamalullail (tengah) menghadiri sidang akhbar Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Tahun 2022 Bagi Negeri Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di negeri ini bagi tahun 2022 mencapai RM1.07 bilion iaitu meningkat sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM993 juta.

Pengerusi, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, kutipan tersebut dicapai walaupun negara berdepan cabaran ekonomi dalam fasa endemik Covid-19 serta kesan inflasi seperti kenaikan harga barangan keperluan dan sebagainya.

“Daripada jumlah tersebut sebahagian besarnya merupakan kutipan zakat pendapatan iaitu potongan gaji merupakan saluran kutipan zakat tertinggi, manakala pembayaran melalui kad debit dan kredit menunjukkan peningkatan tertinggi dari segi kutipan,” katanya pada sidang akhbar Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Tahun 2022 Bagi Negeri Selangor, hari ini.

Malah beliau menjelaskan, susulan kutipan tertinggi tersebut, LZS turut melaksanakan agihan berskala besar atau lebih banyak iaitu 13.8 peratus berbanding dua tahun lalu.

“Pada tahun lalu, LZS mengagihkan sebanyak RM1.05 bilion kepada pelbagai kategori Asnaf. Jumlah agihan zakat bagi tahun lalu juga meningkat sebanyak 13.8 peratus berbanding RM922 juta yang diagihkan pada tahun 2021

“Agihan zakat tahun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 350,000 asnaf. Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa agihan zakat ini telah membantu lebih 6,000 individu keluar daripada kemiskinan serta lebih 400 asnaf mendapat peluang pekerjaan.

“Selain itu, golongan fakir dan miskin merupakan penerima bahagian terbesar zakat berjumlah RM568 juta, iaitu 54 peratus daripada keseluruhan agihan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syed Anwar turut memaklumkan pindaan had kifayah bagi membolehkan lebih ramai rakyat layak memohon bantuan zakat disebabkan kewujudan masalah ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Kali terakhir had kifayah tersebut ditukar adalah dua tahun lalu pada tahun 2020. Sukacita dimaklumkan peningkatan kadar had layak menerima bantuan ditukar kepada RM2,990 daripada jumlah sebelumnya RM2,734 dan berkuat kuasa pada 1 Julai depan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya