Lima sekeluarga mandi guna air huj

Lima sekeluarga mandi guna air hujan

NIK Latipah Ali mengambil air hujan yang ditadah menggunakan tangki untuk mandi dan kegunaan harian keluarganya di Kampung Santong, Paka, Dungun. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lima sekeluarga yang tinggal di Kampung Santong, Paka, dekat sini, mendakwa mereka terpaksa menggunakan air telaga tiub untuk kegunaan harian sejak tinggal di kampung itu pada April tahun lalu.

Abdul Wahab Ghani, 58, yang mengalami masalah penglihatan sejak empat tahun lalu berkata, air perigi tersebut pula tercemar dan berbau busuk.

Sehubungan itu, katanya, mereka juga menadah air hujan untuk mandi dan kegunaan harian kerana tidak mempunyai sumber air bersih.

“Kami tinggal di rumah ini sejak Mei tahun lalu selepas rumah ini dibina atas ihsan orang ramai dan anak-anak. Sebelum ini, kami tinggal di rumah sewa, namun selepas saya tidak lagi dapat bekerja, kami tak mampu nak bayar sewa rumah dan terpaksa bina rumah ini.

“Kami menggunakan air pe­rigi yang digali berdekatan rumah, tapi air itu berbau busuk menyebabkan saya mengalami gatal di seluruh badan.

“Keadaan tersebut menyebabkan saya tiada pilihan lain, terpaksa tadah air hujan untuk mandi dan berwuduk,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Abdul Wahab yang turut mempunyai masalah jantung berkata, mereka tidak mampu menampung kos pemasangan meter air bersih yang dianggarkan mencecah RM8,000.

Mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan harian isterinya, Nik Latipah Ali, 58, yang mengutip barang terbuang di pusat pelupusan sampah. “Pendapatan kami bergantung kepada jumlah barang terpakai yang isteri saya dapat daripada hasil jual aluminium, kertas dan plastik.

“Kadangkala kalau banyak barang yang dikutip, dapat RM30 sehari, duit itulah yang kami simpan dan belanja untuk makan.

“Saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan dan bantuan bayaran elektrik daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam),” ujarnya. Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubunginya di talian 01114989187 atau disalurkan menerusi akaun BSN milik Nik Latipah bernombor 11116-29-00011470-6/- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN