Lelaki sakit kulit, sebatang kara di rumah usang dapat perhatian

Lelaki sakit kulit, rumah usang dapat perhatian ADUN

NADZIRUDDIN Mohamed Bandi (kanan) menziarahi Abdul Samad Md Maarus yang menderitai sakit kulit dan rumahnya yang usang di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan baru-baru ini. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kesukaran hidup seorang lelaki di sini kerana mengalami sakit misteri iaitu kulitnya tidak tahan terkena panas matahari selain tinggal sebatang kara mendapat perhatian pemimpin setempat.

Keadaan lelaki itu, Abdul Samad Md Maarus, 56, di Kampung Padang Tembak di sini yang di­siarkan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Nadziruddin Mohamed Bandi yang menziarahi lelaki itu baru-baru ini.

Menurut Nadziruddin, pihak­nya bersimpati dengan keadaan lelaki itu dan sedia memberikan bantuan terutama menyediakan kediaman yang lebih selesa untuknya sebagai keperluan utama.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Baitulmal Teluk In­tan bagi membantu lelaki itu khususnya bantuan baik pulih rumah di bawah satu skim khas untuk penduduk di DUN Changkat Jong.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN