Lebih 150,000 mohon FSA 2 KWSP, hanya separuh yang layak 

PARLIMEN: Lebih 150,000 mohon FSA 2 KWSP, hanya separuh yang layak 

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 150,154 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memohon Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA 2) bagi Fasa 1 yang dibuka sejak 7 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan bagaimanapun berkata, hanya separuh yang layak melibatkan pemohon berumur 40 hingga 50 tahun daripada jumlah keseluruhan jumlah permohonan itu. 

“Namun yang layak hanya separuh daripada jumlah tersebut (hanya yang berumur 40 hingga 50 tahun bagi Fasa 1) iaitu melibatkan 76,018 orang.

“Jumlah pinjaman adalah sebanyak RM726,318,500 daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya semasa sesi bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan kerajaan berkaitan pinjaman bank bersandarkan cagaran akaun kedua KWSP di bawah program pencarum apabila syarikat jaminan pembiayaan perniagaan tidak bersetuju untuk membayar pampasan kepada bank-bank kreditor apabila pencarum KWSP gagal membayar balik pinjaman mereka.

Sebelum ini, KWSP dalam satu kenyataan berkata FSA 2 dilaksana dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). 

Fasa 1 bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun dengan permohonan melibatkan ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas.

Bagi Fasa 2 pula, tarikh permohonan untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan kelak.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, FSA 2 yang dibuat oleh KWSP adalah program pembiayaan peribadi dan bukan satu cagaran atau sandaran.

Beliau menegaskan, adalah tidak benar jika ada keperluan syarikat jaminan pembiayaan perniagaan yang tidak bersetuju membayar pampasan kerana ia dibayar setiap bulan

“Jika pembayaran tidak dibuat setiap bulan, pihak bank perlu menunggu umur mereka 50 tahun atau 55 tahun dan barulah KWSP boleh membuat pembayaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya