PETALING JAYA: Lebih 100 syarikat berstatus sendirian berhad berada dalam ‘radar’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki membuat tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya. Syarikat daripada pelbagai sektor dan bidang itu dikenal pasti SPRM hasil operasi dan risikan berterusan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam operasi khas Op Hire. Ia mengesan mana-mana individu yang ‘mengambil kesempatan’ melakukan jenayah rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan bagi mendapatkan dana kerajaan…










