Kes jenayah komersil di P. Pinang meningkat 83 peratus, kerugian RM53j - Utusan Malaysia

Kes jenayah komersil di P. Pinang meningkat 83 peratus, kerugian RM53j

KHAW Kok Chin (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis pada majlis perhimpunan bulanan dan amanat Ketua Polis Pulau Pinang di IPK Pulau Pinang, George Town hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kes jenayah komersil di Pulau Pinang yang dilaporkan sejak Januari hingga April tahun ini meningkat sebanyak 82.7 peratus atau 628 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, jumlah kerugian dalam tempoh sama juga meningkat iaitu sebanyak RM53 juta dengan 1,387 kes, berbanding 759 kes dengan kerugian RM28 juta tahun lalu.

Jelas beliau, kebanyakan mangsa ditipu melalui online antaranya melibatkan penipuan telekomunikasi (phone scam); love scam; jenayah e-kewangan; jenayah e-dagang serta pinjaman dan pelaburan tidak wujud.

“Antara faktor yang menyebabkan jenayah ini masih lagi berleluasa dan sukar dikesan ialah scammer kerap mengubah modus operandi, menggunakan pendaftaran palsu perkhidmatan prabayar, penggunaan akaun keldai dan kekangan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan amanat Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, fenomena itu merupakan suatu cabaran kepada polis bagi mengambil langkah-langkah pencengahan lebih komprehensif dan agresif dalam menyedarkan orang ramai mengenai risiko penipuan menggunakan teknologi komunikasi.

Dalam pada itu, Kok Chin berkata, jumlah jenayah indeks yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini pula
sebanyak 1,087 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 1,211 kes.

”Ia menunjukkan penurunan sebanyak 124 kes atau bersamaan 10.2 peratus.

”Dalam tempoh kajian tahun tersebut, jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak 11.4 peratus manakala bagi semua kes di bawah kategori jenayah harta benda menunjukkan penurunan sebanyak 9.9 peratus,” katanya.

Tambah beliau, hasil penelitian dan kajian yang dibuat bagi tempoh itu mendapati, jenayah curi merupakan penyumbang utama jenayah indeks dengan 32.7 peratus, pecah rumah (20.6 peratus) dan curi motosikal (18.2 peratus).

“Oleh yang demikian, kategori jenayah curi wajar diberi fokus utama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pulau Pinang dalam merangka kerja bagi menghasilkan “output” yang terbaik untuk tahun ini,” katanya.

Kok Chin berkata, dalam tempoh Januari hingga April lalu juga, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM12.32 juta.

”Dengan jumlah rampasan ini, seramai 5,001 orang telah ditahan yang mana seramai 1,043 orang ditahan dibawah kategori bekalan, seramai 2,606 orang ditahan dibawah kategori pemilikan dan 1,352 orang dibawah kategori urin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya