Kerangka subsidi bersasar hampir muktamad 

Kerangka subsidi bersasar hampir muktamad 

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Impian kerajaan ke arah melaksanakan subsidi secara bersasar yang selama ini berdepan pelbagai kekangan dijangka dapat dipenuhi apabila kerangkanya sudah hampir muktamad. 

Kerajaan hari ini mengunjurkan kerangka pelaksanaannya sudah mencapai 75 peratus. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hasil kerangka tersebut yang melibatkan pelbagai jawatan kuasa akan dibentang di Kabinet, namun tidak memberitahu garis masa yang jelas mengenainya. 

Beliau berkata, kemungkinan perincian kerangka itu  dimaklumkan pada pembentangan belanjawan untuk tahun depan. 

“Sekarang kerajaan sudah mulakan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mereka yang menunaikan haji baru-baru ini, merangkumi ada kadar tertentu untuk golongan berpendapatan tinggi (T20) dan M40. Kemudian subsidi elektrik. Jadi, apabila sekarang sudah tiba masanya untuk subsidi bersasar diesel dan RON95.

“Pun begitu, kerajaan masih memperhalusinya dan belum ada lagi kaedah muktamad bagaimana cara hendak melaksanakannya.

“Kerajaan belum ada perincian termasuk menggunakan kad pengenalan atau kad khas mahupun bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali mengenai Cukai Atas Pendapatan dan Pencegahan Pelarian dan Pengelakan Cukai (PPPDK).

Perjanjian itu dimeterai antara Ahmad sebagai mewakili Malaysia bersama Menteri Kewangan Maldives, Ibrahim Ameer di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, kata Ahmad, kerajaan mengambil kira jumlah tanggungan golongan T20 dan ia ada dibincang di peringkat jawatankuasa khas pelaksanaan subsidi bersasar ketika kerajaan akan menarik subsidi terhadap mereka. 

Ini ketika terdapat pakar-pakar ekonomi berpandangan supaya kerajaan tidak hanya bergantung kepada nilai pendapatan bulanan semata-mata. 

“Saya ada baca laporan mengenai mereka yang benar-benar berada di kelas rendah T20 akan terjejas. Jadi, kita ada beberapa bulan lagi untuk kaji dan pertimbang termasuk melihat jumlah tanggungan misalnya anaknya ada lima orang dan sebagainya. Mungkin akan ada pertimbangan khusus bagi golongan ini, tetapi ia tidak terpakai bagi golongan T20 kelas menengah atau atas,” katanya. 

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, golongan T20 tidak akan menerima lagi subsidi dari kerajaan untuk tujuan menunaikan haji dan mereka harus menanggung kos tersebut sepenuhnya.  

Golongan itu juga tidak akan dapat menikmati lagi subsidi penggunaan elektrik kerana mereka mampu membayar kos dalam jumlah yang besar, tidak seperti golongan berpendapatan rendah (B40)

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, kerajaan perlu membangunkan segera satu mekanisme untuk mengkategorikan kumpulan atau individu yang akan menikmati subsidi bersasar.

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai pilihan dari segi ruang fiskal kecuali beralih kepada pelaksanaan subsidi bersasar dan pelaksanaan subsidi bersasar kelak sudah tentu mengambil kira kesan kepada rakyat, walaupun kemungkinan besar akan berlaku kenaikan inflasi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.