Kaji semula penilaian masuk ke SBP

Kaji semula penilaian masuk ke SBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kaedah penilaian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu dikaji semula dan ditambah baik dengan beberapa kaedah baru oleh Kementerian Pendidikan demi menjaga kualiti pelajar tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhd. Fazreen Ismadi Fauzi berkata,  lambakan modul soalan ujian kemasukan ke SBP dan MRSM di media sosial ini menunjukkan sistem SBP telah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta  membuktikan bahawa benar modul ujian penilaian ke SBP adalah sama dan diulang-ulang. 

“Kaedah penilaian perlu ditambah baik dengan  mewujudkan penilaian melalui temuduga dan penilaian melalui kajian lapangan, bukan hanya latih tubi soalan yang sama di sebarkan tersebut.

“Andai kata penilaian pelajar hanya dilihat dari satu sudut semata-mata ia sebenarnya menunjukkan penilaian yang sedia ada ini telah terkeluar daripada landasan sebenar,” bercakap kepada Utusan Malaysia.

Seterusnya Muhd. Fazreen menyoalkan, adakah kualiti pelajar SBP hari ini benar-benar berkualiti?, baginya pihak Kementerian Pendidikan dan berautoriti perlu ambil perhatian yang berat terhadap perkara ini.

“Kita perlu kembali kepada asas tujuan sebenar SBP ini diwujudkan serta rujuk kembali falsafah SBP, ia suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang,

terkawal dan sempurna.

“SBP juga diwujudkan untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan yang seimbang serta bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan, lambakan modul soalan ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di media sosial yang boleh dibeli semurah RM20 menimbulkan persoalan sama ada pelajar itu sememangnya berkualiti atau sebaliknya. 

Semakan Mingguan Malaysia mendapati wujud laman web yang menawarkan jualan koleksi modul dan soalan latihan ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke SBP dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). 

Pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh membuat pesanan sama ada melalui mesej peribadi atau mengimbas kod QR dalam hantaran itu untuk mendapatkan set soalan pada harga RM20.

Tambahnya, ujian penilaian kemasukan ke SBP yang perlu diubah, kuota kemasukan kepada pelajar yang datang daripada keluarga miskin perlu disemak semula agar kumpulan ini tidak terpinggir dalam institusi pendidikan SBP ini. 

“Jika benar kebanyakan pelajar SBP datangnya daripada keluarga Elit sehingga meminggirkan pelajar dari keluarga miskin tegar, ia adalah sesuatu perkara yang membunuh dan merosakkan masa depan mereka. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya