Jenazah Awang Askandar selamat disemadi, dihadiri 1,000 orang

Jenazah Awang Askandar selamat disemadi, majlis pengebumian dihadiri 1,000 orang

ANAK ketiga Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub menyiram pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni di Papar hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jenazah Awang Askandar Ampuan Yaacub,56, selesai diksemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar pada pukul 5.20 petang tadi.

Jenazah Allahyarham Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah itu disemadikan bersebelahan dengan pusara ibunya, Dg Fatimah Ag Ampuan Jair.

Terdahulu jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Benoni, Papar untuk penghormatan terakhir oleh keluarga terdekat serta pengurusan tertinggi APM.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Jamek As Salam, Kampung Benoni sebelum upacara pengebumian dilakukan.

Anak ketiga Allahyarham, Ameera Hana yang berusia lapan tahun turut hadir bagi menyiram dan menabur bunga di pusara ayahnya.

Kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga serta anggota APM hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak dengan anak yang paling kecil berusia dua tahun.

Allahyarham Awang Askandar yang merupakan salah seorang peserta Malaysia Everest 2023 (ME 2023) dilaporkan maut akibat terjatuh pada 19 Mei lalu semasa berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut iaitu kira-kira 20 minit sebelum sampai ke puncak Everest. utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya