Jangan double standard - Farihin Abdul Fattah - Utusan Malaysia

Jangan double standard – Farihin Abdul Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komposer, Farihin Abdul Fattah, berharap penganjur konsert Coldplay dapat memastikan perkara yang menyalahi undang-undang, norma dan budaya masyarakat tempatan tidak berlaku selepas konsert itu dianjurkan November depan.

Kata Farihin, hal berkenaan perlu dititikberat dan dijaga sekiranya penganjur mahu terus menganjurkan konsert tersebut.

“Isunya bukan Coldplay membuat persembahan, tapi apa yang berlaku ketika atau selepas persembahan itu. Kumpulan itu ada pengaruh yang besar, sebab itu ramai yang risau sekiranya mereka bawa pengaruh negatif.

“Persoalannya bukan siapa, tapi apa (content dan objektif). Sama juga halnya dengan konsert artis tempatan, waima band Rock yang bawa lagu ketuhanan sekalipun. Tak kena juga kalau penonton lelaki perempuan bercampur.

“Jadi objektif kena jelas dan itu tanggungjawab penganjur. Kesan selepas penganjuran (konsert) lebih penting. Kalau positif tak apa, kalau negatif, tak boleh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Konsert siri jelajah itu yang tiketnya terjual 17 Mei lepas mendapat tentangan ramai pihak yang khuatir dengan keterbukaan band tersebut dalam menyokong dan mempromosikan budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Mengulas lanjut, Farihin berkata tidak adil tentangan dibuat terhadap konsert Coldplay, tetapi konsert lain, yang terang-terangan mempromosikan budaya tidak bermoral diterima dan diraikan.

“Ada konsert-konsert lain, K-Pop contohnya, yang terang-terangan bercanggah dengan norma budaya dan agama Islam, tidak dihalang.

“Maaf cakap, begitu juga konsert artis tempatan, termasuk konsert Rock, ada juga yang tidak patuh syariat, tapi tidak pula dipersoalkan.

“Yang faham hukum (Islam), ada ilmu tentang halal dan haram memang kena tegas suarakan isu ini. Tapi, jangan double standard,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya