KOS rawatan kesihatan yang semakin meningkat ketika ini membuatkan ramai mula memberi perhatian terhadap kepentingan perlindungan perubatan, khususnya pelan yang lebih mudah diakses dan tidak membebankan komitmen bulanan.
Seiring perubahan gaya hidup digital, Kaotim MediKad diperkenalkan oleh Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) sebagai pilihan perlindungan perubatan yang lebih ringkas, pantas dan mesra pengguna.
Pelan ini ditawarkan pada kadar caruman bermula serendah RM38 sebulan (untuk wanita berumur 11-15 tahun – umur hari lahir akan datang dengan profil standard), menjadikannya antara pilihan perlindungan kesihatan individu yang lebih mudah diakses.
Selain pelan asas, pelanggan juga boleh memilih tambahan rider MediBooster yang menawarkan had perlindungan tahunan sehingga RM1.1 juta mengikut keperluan masing-masing.
Bagi pelanggan yang memilih bayaran caruman secara tahunan, mereka boleh menikmati diskaun 10 peratus bagi caruman pelan.
Kaotim MediKad turut menyediakan kemudahan kemasukan ke hospital tanpa tunai di rangkaian hospital panel seluruh negara meliputi rawatan hospital, pembedahan dan manfaat pesakit luar terpilih.
Sebagai nilai tambah, satu kempen turut diperkenalkan bagi meningkatkan pengalaman perlindungan yang lebih mudah dan segera kepada pelanggan yang layak.
Menerusi kempen Kaotim MediKad, tempoh menunggu seperti 120 hari bagi penyakit tertentu dan 30 hari bagi penyakit-penyakit lain dikecualikan untuk kes yang diluluskan sebagai standard, tertakluk kepada terma dan syarat.
Kempen ini juga menawarkan rebat caruman selama satu bulan selepas sijil kekal aktif selama tiga bulan berturut-turut sebagai nilai tambahan kepada pelanggan baharu.
Bagi pelanggan yang layak, rebat caruman satu bulan akan diberikan melalui pengecualian caruman pada bulan keempat bagi sijil dengan mod bayaran bulanan, manakala bagi mod bayaran tahunan, jumlah rebat akan ditolak daripada caruman seterusnya.
Bagaimanapun, kelayakan kempen hanya terbuka kepada pelanggan yang sudah mempunyai perlindungan perubatan individu sedia ada dengan syarikat takaful atau insurans lain (selain Takaful Malaysia) yang berkuat kuasa melebihi empat bulan.
Setiap permohonan turut tertakluk kepada penilaian pengunderaitan Takaful Malaysia dengan syarat kelulusan sebagai kes standard tanpa keperluan pemeriksaan perubatan.
Tempoh kempen berlangsung dari 4 Mei hingga 30 Jun 2026, memberi peluang kepada pelanggan yang memenuhi syarat untuk menyertainya.
Permohonan Kaotim MediKad boleh dibuat menerusi platform digital di medikad.kaotim.my atau secara fizikal di cawangan Takaful myCare Centre (TMCC) di seluruh negara.
Semasa proses permohonan, pelanggan perlu membuat pendedahan secara jujur mengenai perlindungan sedia ada serta mengesahkan pengakuan kempen sebelum pembayaran dilakukan.
Dalam keadaan ramai semakin peka terhadap keperluan perlindungan kesihatan, pendekatan digital Kaotim MediKad memberi pilihan yang lebih mudah kepada pengguna untuk mengurus perlindungan perubatan mereka. – UTUSAN







