Jangan ada parti dominan dalam kerajaan perpaduan-Mohd. Shafie

Jangan ada parti dominan dalam kerajaan perpaduan-Mohd. Shafie

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengingatkan komponen parti dalam kerajaan perpaduan agar tidak bersifat dominan hingga mengakibatkan parti-parti lain terkubur.

Beliau berkata, semua parti perlu belajar mengenai perpaduan yang sebenar kerana beliau tidak mahu kelak hanya parti tertentu sahaja yang dominan.

“Saya suarakan tentang bagaimana perpaduan ini kita kena belajar, apa yang berlaku dalam UMNO, Barisan Nasional (BN), kita tidak mahu esok kelak, yang dominan cuma UMNO, PKR jadi macam mana parti-parti lain, adakah mereka melihat dan menonton sahaja..merasanya tidak, jangan biarkan itu berlaku.

“Dalam BN selama 60 tahun, apabila UMNO kelihatan dominan, kita lihat MCA mati, MIC mati dan Gerakan mati, jadi kita tidak mahu itu berlaku.

“Kita harus perkuatkan semua komponen, jangan hanya perkuatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO, lain-lain parti tiada, sekadar menonton sahaja,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Warisan Putatan semalam.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, bukan begitu caranya, jika bekerjasama perlu ada keikhlasan dan kejujuran untuk memperkukuhkan semua komponen yang ada.

Katanya, perkara itu telah disuarakan dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan pada Ahad.

Mengulas tentang kerjasama Warisan-BN pada pilihan raya akan datang, beliau berkata, pertemuan besama Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Mohd. Shafie berkata, sebelum ini Warisan juga telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti-parti lain seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) tapi, ia terserah kepada keputusan pucuk pimpinan masing-masing.

“Kita dah nyatakan, kalau boleh bekerjasama tapi, ia terserah kepada kelulusan di peringkat atasan pimpinan parti untuk memperhalusi sama ada ingin bekerjasama.

“Memang kerjasama di peringkat pusat sudah ada tapi, macam mana dari segi peringkat negeri untuk membolehkan UMNO bersekali dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dapat digabungkan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam majlis itu, Mohd. Shafie turut menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada 41 orang penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas dan Tanjng Aru.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya