INTEC sasar 100 siswa tempatan ke China - Utusan Malaysia

INTEC sasar 100 siswa tempatan ke China

NOR Bahiyah Omar (bertudung) bersama delegasi universiti dari China bergambar selepas Sesi Taklimat Program Kolej INTEC-ACEC dekat Kolej Pengajian INTEC, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kolej Pe­ngajian INTEC dan Pertubuhan Kebudayaan dan Pendidikan Asia China (ACEC) menyasarkan pengambilan pertama seramai 100 pelajar lepasan sekolah mengikuti kursus pengajian persediaan atau pengajian asas di institusi itu.

Pengarah Akademiknya, Dr. Nor Bahiyah Omar berkata, selama ini rakyat Malaysia cende­rung melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, kini sudah sampai masanya untuk melihat peluang pengajian di negara timur seperti China.

“Pelajar harus ambil peluang de­ngan pe­ningkatan teknologi ke­cerdasan buatan (AI), teknologi maklumat, logistik di China.

“Pelajar dari Malaysia boleh menimba pengalaman dengan pemain-pemain industri jenama ternama di dunia serta menjalani latihan amali di negara tersebut,” katanya ketika sesi taklimat pengajian INTEC-ACEC di sini semalam.

Jelasnya, sebelum me­lanjutkan pelajaran ke China, pelajar akan menjalani program persediaan selama sembilan bulan di INTEC mendalami Bahasa Mandarin dan Inggeris sebelum melanjutkan pengajian ke sana.

Katanya, INTEC dan ACEC akan memastikan mereka yang terlibat mendapat tempat di universiti pilihan selain membantu mendapatkan biasiswa.

“Mahasiswa juga berpeluang mendapat pekerjaan di syarikat multinasional di China setelah tamat pengajian di sana.

“Justeru, untuk ambilan pertama seramai 100 pelajar terutama dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dimulakan pada September tahun ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya