Ilunisasi Hannah yang mengibaratkan KL seperti neraka ketika di bawah BN?

Ilunisasi Hannah yang ibaratkan KL seperti neraka ketika di bawah BN

hannah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya ada terbaca di Malay Mail, Menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan mengatakan kehidupan zaman Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur ibarat dalam neraka.

Hannah juga tinggal di Kuala Lumpur, selama beliau tinggal dibawah BN, sebagai ahli Politik DAP sememangnya perasaan peribadinya sedemikian. Melihat kemajuan yang dibawa oleh BN, dengan mercu tanda KLCC, TRX dan terbaru Menara 118.

Neraka bagi Pakatan Harapan (PH) melihat BN melakukan pembanggunan yang tersusun dengan LRT dan Monorel, melihat penduduk yang boleh mencari pekerjaan dan peluang membuat perniagaan dalam Kuala Lumpur.

Semenjak menjaga Kuala Lumpur, beliau tidak dapat melakukan satupun Pembanggunan, semuanya hasil tangan BN. Perumahan Murah yang dibina seaktu BN, dirasmikan oleh Menteri PH dan hanya menukar nama Perumahan Madani. Inilah dikatakan Lembu punya susu, sapi DAP dapat nama.

Sebagai Ahli Parlimen PH yang mejoriti di Kuala Lumpur, sememangnya neraka bagi Beliau apabila kerajaan BN mendapat pengiktirafan Bandar Selamat dan semenjak PH menjadi Kerajaan, Kuala Lumpur jatuh tempat ketiga bandar paling tidak selamat di Asia Tenggara tahun 2025.

Hakikat ini telah menjadikan Hannah berilunisasi, punyai perasaan sakit mental dan iri hati kerana beliau melihat kejayaan ini, beliau tidak suka dengan pembanggunan yang dibawa oleh BN. Beliau marah dan sakit hati, kerana bukan PH yang lakukan.

Semenjak PH memerintah, Sale di TRX, Pavvilion dan KLCC, jatuh kepada 30-40 peratus, ini semua kerana sistem pencukaian yang tidak disenangi, malah kehidupan di Kuala Lumpur menjadi tertekan dengan kos yang tinggi.

PH gagal menguruskan semua ini kerana sibuk menukar Menteri. Bayangkan dalam tiga tahun, ada tiga Menteri yang menjaga Kuala Lumpur. Mahu melantik Menteri pun gagal, bagaimana hendak menjaga rakyat.

Ilunisasi Hannah ini amat membahayakan kehidupan Rakyat Kuala Lumpur. Mungkin perlu ditukar kepada menteri yang keempat dalam tempoh satu penggal PH memerintah Kuala Lumpur.

Kata-kata Nasihat….

“Tapi yang pastinya, yang suka berjanji tapi memungkiri janji, itu adalah ciri-ciri mereka yang masuk Neraka”

Kesian Rakyat Malaysia

Razlan Rafii, Ketua UMNO Bahagian Seputeh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN