Hubungan intim tidak harus dibincang secara terbuka - Mohd Na'im

Hubungan intim tidak harus dibincang secara terbuka – Mohd Na’im

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hubungan intim suami isteri tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka.

Itu teguran dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar susulan isu seorang wanita yang berkongsi topik hubungan intim tanpa segan silu dan secara terbuka di saluran Telegram.

Mohd Na’im berkata, ada perkara yang tidak perlu dibincangkan secara terbuka termasuk bab hubungan intim suami isteri.

“Dalam hidup ini, ada satu akhlak yang paling penting iaitu perasaan malu. Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat laporan kepada  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu itu selain memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan.

“Saya minta Jakim memberikan nasihat jua bimbingan,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali dengan nama ‘Fatin Fauzi’ dikesan memuat naik kandungan mengandungi unsur lucah melampau secara terbuka dalam media sosial.

Individu itu turut membuka satu akaun Telegram bagi berkongsi tips hubungan intim menyebabkan ‘grup’ itu bertukar menjadi medium bersembang nafsu serakah. Tindakan wanita itu dilihat bertentangan dengan ajaran agama Islam dan mengundang kemarahan dan kecaman orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN