Hampir 40,000 pengundi baharu didaftar automatik - SPR - Utusan Malaysia

Hampir 40,000 pengundi baharu didaftar automatik – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 39,306 orang warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu pada 1 hingga 30 April lalu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada senarai daftar pemilih tambahan untuk April 2023.

Selebihnya, 6,453 orang berdaftar bertukar bahagian pilihan raya manakala 3,597 orang bertukar status atau kategori pengundi.

“Daftar pemilih tambahan ini telah diperaku pada dan diwartakan pada 22 Mei 2023 dan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 22 Mei hingga 20 Jun ini,” katanya dalam kenyataan.

Senarai itu boleh disemak melalui portal SPR, aplikasi MySPR Semak, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Jumlah pengundi baharu itu didaftarkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada dua bulan akan datang.

Enam negeri bakal mengadakan PRN iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Ketika ini Kedah, Kelantan dan Terengganu dipimpin oleh Pas yang merupakan sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN).

Selangor dan Negeri Sembilan pula diketuai Menteri Besar daripada PKR manakala Pulau Pinang (DAP) melalui Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.