BESUT: Seorang hafizah al-Quran melakar sejarah apabila mendapat tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), baru-baru ini. Safwa Zamri, 19, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun, menerima hadiah Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) bagi kertas FA1-Rekod Transaksi Kewangan. Katanya, dia yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut mendapat keputusan cemerlang dengan markah 98 peratus dalam peperiksaan tersebut, Mac lalu.…










