TELUK INTAN: Berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes Covid-19, ibu bapa dilihat menggalakkan anak-anak mereka memakai pelitup muka pada hari pertama sesi persekolahan dibuka semula semalam. Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di sini mendapati sebahagian besar murid yang hadir ke sekolah memakai pelitup muka. Keadaan itu menggembirakan guru yang menghargai kerjasama daripada ibu bapa bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 dengan menggalakkan anak mereka memakai pelitup muka ke sekolah.…










