Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor esok - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor esok

Gangguan bekalan air
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di Jalan Bukit Cherakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Insiden tersebut menyebabkan penduduk lebhih 100 kawasan di wilayah-wilayah berkenaan terputus bekalan air mulai pukul 9 pagi esok sehingga 9 malam pada 24 Mei (Rabu) ini sementara kerja-kerja pembaikan paip pecah dijalankan.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, kerja pembaikan dilakukan melibatkan kes kecemasan apabila paip saluran utama berdiameter 2,200 milimeter (mm) membabitkan agihan berskala besar.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei. Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, dalam tempoh tersebut proses tersebut lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengembumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) bakal disediakan untuk kemudahan pengguna seperti di Taman Rakyat, Jalan Tun Dr. Ismail, Klang; Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah; Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman dan Persiaran Setia Murni.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor menggunakan lori tangki air masing-masing di tiga stesen pengisian yang akan dibuka di Jalan TPP 5/17 Taman Perindustrian Puchong dan Jalan Kinrara 6E Damai Utama Puchong, Petaling serta Pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor,” jelasnya,

Katanya lagi, pengguna boleh mendapatkan perkembangan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300. 

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di pusat bantuan menerusi laman sesawang www.airselangor.com. – UTUSAN

Senarai kawasan terjejas:

Klang dan Shah Alam:

  1. Alam Budiman
  2. Aman Perdana
  3. Armada Putera
  4. Bandar Bukit Raja
  5. Bandar Bestari
  6. Bandar Klang (Batu 1-3 Jalan Meru)
  7. Bandar Putera 2
  8. Bandar Puteri
  9. Bandari Sultan Suleman Fasa 1-4
  10. Batu Belah
  11. Berkeley / Eng Ann
  12. Bukit Kapar
  13. Bukit Kerayong
  14. Eco Ardence
  15. Felda Bukit Cerakah
  16. Glenmarie Cove
  17. Green Hill
  18. Jalan Dato’ Hamzah
  19. Jalan Goh Hock Huat
  20. Jalan Kem
  21. Jalan Kota Raja
  22. Jalan Limbungan
  23. Jalan Padang
  24. Jalan Pelabuhan Utara
  25. Jalan Raja Nong
  26. Jalan Raya Barat
  27. Jalan Stesen dan Solok Besar
  28. Jalan Syahbandar
  29. Jalan Tengku Badar
  30. Jalan Diauddin
  31. Jalan Tengku Kelana
  32. Jalan Tepi Sungai
  33. Jalan Yadi
  34. Kampung Budiman
  35. Kampung Bukit Cerakah
  36. Kampung Delek
  37. Kampung Jalan Kebun
  38. Kampung Johan Setia
  39. Kampung Kastam
  40. Kampung Keretapi
  41. Kampung Keretapi – Pangsapuri Sri Perantau
  42. Kampung Pendamar
  43. Kampung Pulau Indah – Taman Samudera
  44. Kampung Pulau Indah
  45. Kampung Pulau Indah – Wisma Polis Marin Pulau Indah
  46. Kampung Raja Uda
  47. Kampung Teluk Gong
  48. Kapar
  49. Kapar Batu 1-8
  50. Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman
  51. Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman (Perdana Industrial Park)
  52. Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan
  53. Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara
  54. Klang Sentral
  55. Klang Utama
  56. Kota Bayumas
  57. Kota Pandamar
  58. Laguna Park
  59. Lorong Tingkat dan Rembau
  60. Meru
  61. Pandamaran – Jalan Raja Lumu
  62. Pandamaran
  63. Pelabuhan Utara
  64. Perepat
  65. Perindustrian Pulau Indah Fasa 1-3
  66. Persiaran Raja Muda Musa
  67. Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ)
  68. Pulau Ketam
  69. Rantau Panjang – Sungai Putus
  70. Sementa
  71. Setia Alam
  72. Sungai Bertik
  73. Sungai Puloh
  74. Sungai Sireh
  75. Sungai Udang
  76. Taman Bayu Perdana
  77. Taman Bayu Tinggi
  78. Taman Berembang
  79. Taman Desawan
  80. Taman Gembira
  81. Taman Klang Jaya
  82. Taman Pendamar Indah
  83. Taman Petaling Indah
  84. Taman Selatan
  85. Taman Sentosa
  86. Taman Sri Andalas
  87.  Teluk Gadung Besar
  88. Teluk Gadung – Taman Radzi
  89. Teluk Gadong Kecil
  90. Teluk Gadong Indah
  91. Teluk Pulai
  92. Westport

 

Kuala Selangor:

  1. Bukit Kerayong
  2. Eco World
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.