Datuk jadi blogger kecantikan tampung rawatan cucu sakit

Datuk jadi blogger kecantikan tampung rawatan cucu sakit

ZHU Yunchang aktif mempromosikan pelbagai barangan alat solek secara dalam talian. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki warga emas di China mencuri perhatian jutaan warganet selepas dilaporkan menghabiskan masanya mempromosikan alat solek dan produk kecantikan dalam talian demi mengumpul wang untuk merawat cucunya yang sakit.

Lapor Oddity Central, Zhu Yunchang yang berusia 72 tahun sanggup menjadi blogger kecantikan dan membuat demonstrasi memakai pelbagai jenis produk dan alat solek termasuk krim kecantikan, gincu dan maskara untuk peminatnya di seluruh negara.

Enam tahun lalu, cucunya, Xiao Jingyan, didiagnosis dengan penyakit yang jarang berlaku dikenali sebagai atrofi otot tulang belakang (SMA) ketika berusia lima tahun dan doktor menjangkakan dia hanya mempunyai kira-kira 18 bulan untuk hidup.

Tetapi hayat kanak-kanak itu masih panjang, menyebabkan Yunchang berusaha keras mengumpul dana bagi membantu cucunya yang memerlukan ubatan diimport dari Amerika Syarikat (AS) berharga sekitar 700,000 yuan (RM451,313).

Awalnya, Yunchang tidak mengetahui apa-apa tentang produk kecantikan dan awalnya ramai syarikat pengeluar menolak permintaannya mempromosikan barangan mereka kerana merasakan warga emas tidak sesuai menjual alat solek.

Tetapi perkara itu tidak menghalang lelaki berkenaan malah dia sanggup pergi sendiri ke kedai kosmetik dan meminta kakitangan mengajarnya tentang produk-produk yang popular di pasaran serta cara penggunaannya.

Tidak lama selepas dia memulakan penstriman langsung, populariti dalam talian Yunchang mula berkembang dan dia memperoleh gaji lumayan yang cukup untuk menampung keperluan perubatan cucunya.

Walaupun terdapat ramai warganet yang mula menuduh anak perempuannya mengambil kesempatan dan cuba meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan wang, lelaki berkenaan tidak mempedulikan kecaman negatif itu dan gigih meneruskan kerjayanya.

“Jika cucu saya boleh berjalan seperti kanak-kanak biasa, saya akan berasa lega apabila saya menutup mata saya,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya